its me!!!!

its me!!!!

Jom Tengok Ada Apa Di Sini??

Saturday, 4 October 2014

Shaaf Ihsan Turns ONE....Happy Birthday Sayang Mama :))

Assalamualaikum semua...
Sekarang ihsan dah setahun tiga bulan...subhanallah
16/6/13 - 16/6/14...cepat kan?? yes sangat cepat
sebelum ihsan mencecah usia dua tahun better aku update dulu 
first birthday party ihsan yang aku buat 3 bulan yg lepas
kahkahkahkah..better late then never rite?!!

By the way birthday party ihsan last minit punya planning
aku semua pun last minit kan....pemalas sangat nih!!!
dari awal memang dah plan nak celebrate birthday ihsan
 sekali buat kenduri akikah kat kampung..kampung kan meriah!!!!
tup tup ada hal yg tak dapat dielakkan
oh emm geee sadissss la jugak aku kan 

Waktu tu dah on off eh nak buat tak birthday party ihsan nih??
first time kot nak arrange birthday party anak kan
of coz la aku cuak nak pikir macam-macam hal 
 siap cakap kat laki better kita pi holiday kot b
hahahahaha sampai ke situ.....

Tapi bila ku tenung raut wajah anak aku tu
come on sue anak first kot ...rajin la sikit
buat simple-simple pun ok kan..at least ada kenangan

And syukur alhamdulillah birthday party ihsan berjalan dengan lancar
walaupun kelam kabut sikit...hahaha
yang penting decorations birthday party tu aku buat sendiri hokey
hebat sangat kan????haha kembang kempis hidung aku


bila buat majlis sendiri baru sedar betapa letihnya diri ini
bayangkan gambar sekeping pun tak sempat nak ambik
gambar-gambar ni pun mintak dari adik aku je
sibuk sangat melayan tetamu
itu baru aku jemput family and kawan2 rapat ja


Birthday boy yang dah berpeloh-peloh...haha
terpaksa upah dengan lolipop baru nak duduk diam
ihsan sangat behave that day langsung tak nangeh
seronok sangat main...good boy!!!
Actually tema birthday party ihsan is little man
Tapi so so jer la..haha last minit kennnn!!!
yang penting royal blue and lime green
mewarnai keseluruhan majlis....ececehhhhhhh


Dan yang paling aku suka sampai tido pun senyum-senyum 
ialah birthday cake ihsan
sangatlah berpuas hati...thanks rina!!!
design memang sebijik yg aku nak taste dia tip top
sumpah weiii sedap gilos
aku ada order cupcake jugak dengan dia
memang puas hati la ikhlas cakap kan


Sebelum potong cake..acara potong cake pun terabur
buat siang panas la haiiiii...cisssss
takdanya nak nyanyi-nyanyi
yang penting di awal majlis ada bacaan doa
dari ustaz rock aka bakal al hafiz...anak sepupu aku
thanks along!!!



 tengok ihsan tu...potong cake pun macam dipaksa-paksa
memang pun kan.....


mama tolong ihsan tiupkan lilin ya!!!
mama yang terlebih excited...
happy birthday sayang mama!!!
Doa mama sentiasa mengiringi ihsan
mama sentiasa doakan agar anak mama ni jadi anak yang soleh
berjaya di dunia dan di akhirat
yang dapat mendoakan mama dan abah di sana nanti
amin!!!






Tak sempat table ni nak siap tetamu dah sampai
apakedahal kau su?? first time kot
perasan tak balang-balang yang tinggi tu...mahai gila!!!
semua benda atas meja tu aku beli dari ssf
cari tempat lain nan ado...huhu...terpaksa beli jugak



aku tak ada proper punya gambar...
ini sahaja gambar prop yg aku ado...sadisssss
memang tak sempat nak ambik
by the way segala printing tu maina yg buatkan
siap tolong potong k...maina sangat la rajin
minat sangat katanya...thanks darl!!!
aku just lekat tebok lubang ikatkan ribbon dan gantung
untuk goodies bag aku beli dari mydin saja
then lekat sticker tu...sonang keja!!!
ceria sangat warna-warna tu kan!!!


ihsan dengan achu aka OP
kahkahkah....thanks achu kasik sandal nike tu
ihsan suka sangat and now dah nak ketat 
but dont worry nanti mama ihsan simpan utk adik ihsan pulak




Tengok gambar-gambar dessert ni telan ailio sejuta kali
semua sedap...sapa nak order boleh jer dapatkan info dari i k
sumpah tak menyesal dan dijamin uols nak repeat order

untuk menu hari tu aku sediakan
nasi daging special dari ayahku sendiri 
koew teow thng kak timah
roti jala
seri muka
kuih lapis 

Jutaan terima kasih pada tetamu yang hadir
Ihsan sangat suka dengan hadiah-hadiah tu
dan kepada parent in law thanks a lot sebab menaja lokasi
thanks mak bapak 
thanks mak ayah and family
Terima kasih sebab banyak menolong anakanda!!!!
untuk kekasih hati thanks sebab sudi layan karenah i k
love u deep deep 

love
cikpuansuri




Tuesday, 5 August 2014

Open House Rumah Maira :))

Raya ke-6 memang dah berjanji dengan bebudak sekolah Dato Onn
nak berjumpa nak gathering
bukan senang nak berjumpa
masing-masing duduk jauh luar dari penang
so bila dorang plan haruss la join walaupun sekejap ja

Mujurlah hari tu maira buat open house
so weols meets up kat sana ja...senang cerita
sempat la kami bermaaf-maafan walaupun sekejap

By the way aku belajar kat sekolah tu dari form 1 smp form 3 ja
most yang ada dalam gambar ni belajar sampai form 5


while waiting for yana...
kami berdua dah berpakat takmo bawak suami
bawak anak jer..hehe
time ni ihsan tengah tido
so mama selfie sat...yuhooooo


Antara yang sempat berjumpa hari tu
yang pakai baju pink belah kiri tu maira si tuan rumah
kami semua budak asrama
macam-macam kami lalui...banyak sangat kenangan
makan sekawah mengantuk dalam class
basuh baju kat bilik dobi
pastu boh nila ujala sampai biru baju
kalo nak cerita memang tak habissssss


nak menyembang pun tak senang bila dengan anak-anak
hehehehe...nak tergelak bila ingat balik


antara tetamu yang terawal sampai
anak dorang pun dah besaq-besaq


ihsan dok warm up lagi time ni...baru bangun tido


Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila
Sek Men Keb Dato Onn Butterworth 1997-2001
sekolah bestari sentiasa di hati

Thanks a lot untuk maira sekeluarga yang menaja
tempat dan makan ....hehe

love
cikpuansuri


Mengopi Session!!!

Semenjak hadirnya ihsan aktiviti aku macam terbatas sikit
hello aku tak merungut hokeyy
iols cerita...kalo dulu nak pergi memana
siap2 ja zassssssss keluar...opsss mintak permission dulu k
Tapi sekarang tidak lagi!!!
hati melonjak nak keluar nak mengopi dengan kengkawan
boleh ja nak bawak ihsan tapi for sure tak senang nanti
kalo ihsan duduk diam-diam dalam high chair tu
memang aku dah bawak...tapi itu mustahil..hahahaha

Tapi last friday dapat sedikit peluang untuk berbuat demikian
kahkahkah..mak bapak nak bawak ihsan keluar
aku pada mulanya mmg berat hati nak bagi kan
kesian pulak kat dorang...siang dah letih jaga ihsan
tapi mak bapak still nak bawak...so aku ok jer lah
aku malas nak follow sebab nak mendobi dulu
sebab besok nak sambung raya lagi...so harusss setel semua tu dulu
baru la boleh beraya dengan tenteram kan

Bila dah siap mendobi tengok jam awal lagi
 then terus watsap si ani keluar minum-minum...hehehe
berdesup dia sampai...bagussss
si sally tak dapat nak join sebab sedara dia datang beraya
cuma aku dengan ani jer yang ada..so weols lepak 
oldtown kat e-gate saja


Baru sempat nak beraya padahal sekampung
bulan puasa pun langsung tak menyempat nak jumpa
haisshhhh busy betol


Orang perempuan kalo jumpak cermin jadi lagu ni lah
dok tunggu muharni dalam pancoq...hahahha


Gigih berselfie di tengah jalan stail tak tengok kiri kanan dah
teroknya perangai....hahahahha


tak puas la selfie...jom arrr suh sapa-sapa ambik gambaq kita
pandang kiri kanan...sekali terpandang ada guard kat situ
muka macam boleh percaya so mintak tolong dia ambikkan gambar
so dapat lah sekeping...jadilah kan

Banyak jugak lah cerita kami malam tu
habis la drama sebabak...so kumpul lagi untuk next drama
wa tunggu cerita lu muharni

love
cikpuansuri

Syawal 2014

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin
Andai Ada Salah Dan Silap
Mohon Dimaafi 

Seperti biasa hari raya yg ke 9 baru sempat nak bermaaf-maafan
Biasalah nama pun raya kan...setahun sekali
so masing-masing ambik peluang ziarah menziarahi 
kalo tak raya for sure masing2 liat...hahaha

Time ni la nak merasa makanan yang sedap2 kan
and yang penting dah bleh aim rumah mana yang masak best2
kahkahkahkah.....betoi takkkkk???ngaku ja la

Untuk tahun ni seperti biasa pagi raya beraya dengan PIL dulu
then after zohor gerak balik rumah mak ayah kat kampung
kalo setiap tahun cenggini pun ok bagi aku
rumah dekat boleh lah buat statement bahaya macam nih
kalo jauh jangan harap!!! haha

Yang paling best tahun ni beraya sebab ihsan dah boleh berjalan
then boleh pakai baju melayu dengan sampin
hahahahaha...cute sangat...tak percaya pun ado jugak!!!!
Time nak bergambar pun jenoh bersilat la haiiii
oleh yang demikian gambar pun so so saja
ok la kan dari takdak



Gambar2 ni pun aku ambik dari handphone jer
padahal bawak ja dslr lah gopro lah
tapi kalo nak tunggu aku nak resize semua tu of coz entry raya 
ni tahun depan kot baru muncul....bersyukurlah!!!





Tahun ni aku pilih royal blue and grey!!!
 and aku rasa this year ramai betoi pakai kaler ni kan???
 tapi combination kaler yang aku buat tu mmg cantik sgt
waaaaaa perasan gilerrrrr...sila la muntoh!!!!
baju aku dari ID Perempuan
satin shawl dari Shawlbysnow
So far shawl tu sangatlah selesa dan mudah dipakai
Untuk suami baju beli siap kat sunshine brand Orlando
Untuk ihsan pulak beli dalam Bukit Jambul Complex jer




Abaikan selipar suami saya yer
Dress ni aku pakai sekejap ja..then tukar pakai kurung moden
susah hoiiii nak berjalan...ai is rimassss
setakat nak bergambar i relakan jer



Petang tu ramai-ramai pergi beraya rumak mak-mak sedara
mak dengan ayah memang selalu tak boleh nak follow
sebabnya rumah iols selalu kena serbu
oleh kerana aku tak dapat cuti raya 
maka haruslah beraya dulu ye dak
ini pun sebahagian jer dari keluarga aku
yang penting kami happy!!!!!

love
cikpuansuri

Saturday, 2 August 2014

Meet My Little Bob Marley :))

Ini alkisah sebelom puasa lagi
scroll gambar-gambar kat handphone terjumpa plak 
gambar si kecik ni dengan singlet bob marley dia
Cute la haiiii...
Aku beli online dari insta!!!
25 hengget sahaja.....sesapa nak order boleh ja follow
insta @elyeyostore
Macam-macam design ada
singlet ada tshirt ada...pilih ja yang mana suka
Kain cotton ni selesa dan tak panas sesuai sgt dengan baby

Waktu ni teringin sangat nak makan kat nandos
Dah lama kot tak makan kat sana...aku kan tekak melayu
so bila selera mat salleh tu datang teros
 paksa suami ikut serta....hahaha


Selfie dengan mama dulu yer sayang


ihsan layankan saja kehendak mama dia


Tak rimas pulak dia dengan hoodie tu
Langsung tak kacau hokey...selesa kot!!!!
Selalu kalo bagi pakai cap tak sampai seminit dia dah buang
tapi yang ni maintain...


Ihsan ootd
singlet @elyeyostore
seluar @H&M
kasut @converse


Choottt chakkkkk
main sembunyi-sembunyi pulak bawah baju 
kalo kat rumah pun macam ni
Asal aku ampai baju...dtg ja dia main sembunyik!!!

love
cikpuansuri

Sunday, 27 July 2014

Berbuka Puasa Di Vistana

Bila bulan puasa ja nafsu makan ni melonjak lonjak
So terus terbayang foods yang banyak-banyak kat hotel tu kan
Dari awal puasa dah plan dengan bebudak ofis nak bebuka sesama
Notification watsap ni dah beratus-ratus bincang nak mkn kat mana
Masing-masing dah sangap telan ailio sambil watsap...kahkahkah
At last pilih vistana ja...syukur dekat dengan rumah aku
harga pun tak mahal sangat compare dengan yang lain
Asalnya 15 orang nak join...beria-ria uols ek
last-last 6 orang saja yang ado...boleh camtu??

Kami pegi hari jumaat so boleh la makan sampai dorang closed
ulang 100x pun takpa,,,selagi boleh... sumbat ja
aku ni bangsa perut kecik...ewahhh!!! so makan pun gitu2 ja
aku la maknusia yang paling awal sampai kat hotel k
Masa booking staff situ dah bagitau malam tu ada 400 customers
mak oiiiiii ramainya....pack sangat tu
dalam kepala dah pikir mesti laga-laga bontot masa nak ambik makan
because of that la ramai yang takmo join

Tapi bila sampai hotel dorang dah buka lagi satu ruang mkn
maknanya ada 2 bahagian la kan
so takda la adegan laga-laga bontot tu...hehe
so boleh la kami makan dengan tenang


Yang tak bestnya kami dapat table di bahagian tambahan tu
 ada foods yang tak available kat situ antaranya kambing golek
so kalo nak makan kena berjalan ke main ballroom
jauh sikit la kan...tapi kami suh je waiters kat situ ambikkan
senang keja...nak makan order saja...hahahahah


Dapat table depan sekali...


muka-muka ni ja yang dapat join
sorang tu tolong ambik gambar ah heng namanya
gambar foods aku tak ambik sangat!!nafsu makan tengah melonjak
not bad la foods kat situ...ayam berempah sedap
ayam kari hijau pun sedap...telan ailio


inilah wajah puan norizan...tok guru aku nih!!!


Malam tu first time aku pakai jubah keluar dgn kengkawan
sebelum ni tak pernah pakai...rasa semacam 
ini pun pinjam mak kita punya...hehe
motif pakai jubah??? boleh makan banyak -banyak 
tak payah pikir nak cover perut kan....



Ah heng dgn kak mag awal-awal dah balik
kami ja makan sampai dorang closed
perut terlampau kenyang so relax2 la dulu kan
tak perlu la nak rushing sangat besok kan cuti


Watie ni anak dah dua badan maintain ja


Demi mendapatkan ilusi badan kecik
sembunyi belakang tembok!!!!hahaahahahaha





Sebelum balik ambik gambar dulu
Malam tu kami gelak tak hengat!!! sakit pipi aiii tau
Macam -macam cerita macam2 ragam
Tengok gambar pun dah tau masing2 punya kegilaan



Tengok lah kegilaan apakah ini???
macam dalam akuarium!!!mlm tu ada spesel OP...kahkahkah
sepanjang berjalan nak ke parking kereta asyik gelak gelak gelak
Kumbang sekor tu terpaksa ikut kakak2 yang mereng nih
Thanks najib sebab sudi ambik dan hantar kami balik
Bagus budak ni!!!! Ada sesapa nak buat menantu...boleh ja

Sampai rumah dah pukul 10 lebih
ihsan pun dah tido...kesian kena tinggai kan
Yang penting malam tu kami semua enjoy

love
cikpuansuri