its me!!!!

its me!!!!

Jom Tengok Ada Apa Di Sini??

Saturday, 16 November 2013

Dari Penang Ke Gold Coast Morib

Jauh giler rupanya gold coast morib nih
masuk bandar keluar pekan... masuk kg keluar pulak ladang kelapa sawit 
nak google maps pun dah malas amik masa nak loading...huhu
gerak dari penang kul 12..patutnya nak gerak awal
tapi ada orang kolumpo call suh tapau nasi beriani kapitan
cam kesian dengar kan...so tapau lah dulu..haha
First time check in hotel kul 6.30 ptg..rugi dah separuh hari
bayangkan lah dari penang ke sana 6 jam lebih
mujur si ihsan tak merengek..dia seronok ja sepanjang jalan
bagus anak mama ni next time boleh angkut lagi kemana-mana


Bila nampak ja pintu gerbang nih...terus hati rasa lega
dah kematu punggong aku dlm kereta lelama
Macam mana boleh ke sini?!!
Aku la gatal tangan beli voucher dari mydeal..nak test la konon
tengok gambar cam best ja...harga pun murah siap ada theme park bagai
waktu beli tu bulan feb kot...aku tgh pregnant 5 bulan
ingat kan dah tak jadi nak ke sana ..baru nak letgo tiket tu
Aku beli voucher tu RM168 tapi kena check in weekdays shj
Kalo nak stay weekend pun boleh tapi harga lain la RM198
Ini harga untuk one night stay ok..dpt la breakfast utk 2 org 
plus tiket untuk ke themepark ... boleh la kan
Gold Coast Morib ni macam Bukit Merah Theme park ja
Sesuai la nak bawak anak2 yang dah tau nak mandi dlm swimming pool kan
haha...dengan mak bapak sekali bleh terjun
Theme park buka dari 8 pagi smp 7 ptg shj
Sebab kami dah sampai lambat tak sempat la nak berendam ptg tu
Next morning after breakfast...terus bwk si ihsan berendam kat sana
haha...mula-mula muka ihsan cam cuak jugak...sejuk kan
Lepas tu dia dah mula seronok..hehe...comel!!










Mama tak sempat nak beli swimming trunks utk ihsan
tapi tokma dah bagi pelampong gajah ni kira ok la kan..hehe
tokma yang excited dari mama
last minit planning..cenggini lah jadinya
kat dlm hotel ada ja kedai jual baju mandi
tapi untuk ihsan no size la..kecik sgt!!
sebenarnya aku pun takut jgk nak bagi dia berendam
sejuk kan takut ihsan demam...tapi alhamdulillah semuanya ok!!!
Tunggu ihsan besar sket atleast boleh duduk lagi best kot


Mama ngan abah konon2 nak berendam jgk la
Tapi separuh jalan ja
aku dah tak kosa nak dokong ihsan lama-lama
so kami lepak kat situ setengah jam
pastu terus naik bilik...bagi ihsan mandi 
lepas tu terus dia tido...letih berenang kot...kikikiki
sempat la aku dengan b rehatkan badan
then kemas barang nak check out...cepat gilersss







Ini betol-betol percutian aku yang singkat
tak sempat nak buat apa...nak jenjalan kat pantai morib pun tak
boleh la setakat nak pergi rehat-rehat dengan family :)
yang penting ihsan seronok ok

love
cikpuansuri


Friday, 8 November 2013

Happy Birthday B :)

Bersiaran dari Colmar Bukit Tinggi
Bersempena hari kelahiran suami tercinta.. 8 November 
Selamat Hari Lahir b
Semoga kehidupan b sentiasa dirahmatiNya dan sentiasa di bawah lindunganNya.. Amin...
Sebagai isteri yang solehah itu saja yang sayang nak.. Ewah!!!!

Mama and ihsan sayang abah ketat2
Emmuuaahhkksss



Love
Cikpuansuri










Tuesday, 5 November 2013

ESCAPE di Teluk Bahang

Rutin harian kita sama saja setiap hari
bangun pagi pergi keja then balik keja
Sampai rumah setelkan keja rumah pulak
Pastu layan anak sampai la tertido
Hari minggu terjah shopping mall or lepak depan tv kan
macam boring jer macam boring jer..haha
So sesekali office buat teambuilding ni harus la joint kan
setahun sekali buat pun dah patut bersyukur dari takda lgsg kan
Ini kira first time la aku joint teambuilding dgn office baru
mula-mula mcm malas nak joint 
tak sampai hati nak tinggai si ihsan tu..huhu
tapi biasa ler kan bila dipujuk dirayu..maka aku pun follow saja
So pada 21Oct pepagi lagi kami semua dah berkumpul di ESCAPE
Sebelum tu kami breakfast dulu di McDonald batu feringghi
Untuk ke sana kami car pool saja...duit minyak ditanggung 
Bila semua dah sampai ... pihak escape bagi taklimat dulu
Makanan luar sama sekali tidak boleh dibawa masuk yer
ayaq masak pun tak boleh na...dahaga beli kat dalam...mahai sikit la
kami dibahagikan kepada 4 kumpulan
biru ,merah  putih dan hitam
Sebelum mulakan aktiviti.. kami warm up dulu
then setiap kumpulan wajib ada war cry
Selepas tu game pun dimulakan


Boleh tahan jugak la nak habiskan semua task kat sini
perlukan stamina yg tinggi..setakat warm up 10 minit mmg tak ckp 

mbb jelutong superwoman..haha

boss kecik je...

blue teams

posing tu harus

juice bar...bila penat nampak mineral water sejuk je

monkey business

Nak dijadikan cerita waktu tengah flying fox
tetiba ada benda hitam terbang melayang kat depan aku
aku ignore jer...aku kan takda perasaan
sekali landing...rupa2nya yang melayang tu tapak kasut aku da
bila setahun sekali ja guna sport shoes 
jadi macam ni la...terpaksa ikat dengan getah...kahkahkah
org kat situ ckp benda tu normal..sebab tu escape sediakan kasut jugak
tapi kena bayar la kan'
sebab2 kes macam ni la...so jgn risau la

tempat mkn..tapi aku tak try pun
sebabnya mkn tengahari kami telah disediakan oleh
pihak escape...sedap!!..
Untuk beli makanan atau minuman di escape menggunakan sistem kupon
kalo tak habis kupon tu boleh tukar duit balik


aku dah lupa apa benda nih...
tapi susah nak mampus nak stand k
takat bongkok cenggini jadi la

dah habis semua task
melepaskan penat tunggu teams yang lain sampai

unik





mbb jelutong branch

by OP..wall climbing..

monkey business
warm up 

sorry ek gambar tak ikut aturan
ini saja gambar yg aku ada
waktu buat activity handphone mmg tak bawak la kan
nak cari nahas..baik simpan saja dlm bag
Ada jugak games yang  tak sempat aku buat sebab hujan
rugi giler kot..bila nak dtg lagi pun tak tau
Ada org nak sponsor ok la kan
Yang pasti the next day tu kaki tangan semua sakit gila
nampak sangat tak bersukan
Apapun kami enjoy and happy!!!

love
cikpuansuri

Monday, 4 November 2013

Salam Awal Muharam

Assalamualaikum semua...
Sebagai hamba ALLAH yang serba kekurangan
Sering kita lupa adakalanya perbuatan kita menyakitkan hati orang
Sering kita lupa adakalanya percakapan kita menyentuh hati orang
Walau pun pada hakikatnya kita tiada niat untuk berbuat demikian
Yang pasti hanya Allah saja yang tahu niat sebenar kita
Andai kita berniat buruk 
Maka beristiqhfar lah
Sentiasalah bersangka baik
Walaupun ianya perit
Allah maha pengampun dan Allah maha penyayang

Abu Hurairah r.a berkata
Setiap kali datangnya tahun baru
membuat aku risau dan resah kerana
semakin singkat umurku
semakin dekatnya ajalku
semakin tipisnya waktu pengampunan ALLAH terhadapku
semakin dekatnya hari perhitunganku

salam kemaafan dipinta 

love 
cikpuansuri






























Sunday, 3 November 2013

Pre Wedding Mama Dan Abah Ihsan

Sebelum menyambut second anniversary aku
adalah lebih baik aku menjaja gambar pre wed yang dah berkurun tu
patutnya nak tayang masa first anniversary
tapi disebabkan kena attack penyakit loya muntah
maka terpaksa ku tangguhkan niat murni aku tu
aku nikah bulan 11 tapi pre wed kami buat bulan july kot
hehe sendiri pun dah tak ingat...of coz la ihsan pun dah 4 bulan lebih
aku sendiri pun tak tau tema pre wed aku ni
hentam keromo saja...kami serah semuanya kat OP
Bila OP jaja gambar ni dlm fb
ramai la yang tanya kat mana aku buat pre wed ni?
btw aku sendiri pun first time pegi tempat tu
still dlm penang...kwsn perindustrian bayan lepas
hebat kan OP aku....hasil gempak uols..perasan tau
Aku memang suka gila dengan gambar pre wed aku nih
bila tua-tua nanti nak tayang kat anak cucu pun rasa hebat
wakakakaka...tok ngan tok wan pun ada pre wed la!!!
aku ingat nak ber pre wed ni senang la sangat
rupanya masa nak bergambar masyaAllah nak ambil feel romantik tu
susah gila...ha lah bila nak berpura-pura ni kan
tak pandai la aku...nak berlakon jadi sweet pulak tu..hoiiii
camna nak jadi model?! haha
tapi hasil tu not bad la...boleh la layan
jom tengok!!!















thanks a lot untuk Firyusof Fenomena
untuk hasil yang wow ni..great job la fir
gambar2 aku ni bukan edit ok
memang real...naik bot ke tengah laut
scary wei...baru nak shoot hujan pulak
angin kuat...nak berdiri dlm bot yg terhuyung hayang
memang pengalaman yang berharga bagi aku
sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
xoxo

love
cikpuansuri