its me!!!!

its me!!!!

Jom Tengok Ada Apa Di Sini??

Wednesday, 8 October 2014

Aksi Ihsan di Swimming Pool

First time bawak ihsan mandi pool dia baru lima bulan
dan seingat aku balik dari sana dia ok ja tak demam
eh demam ke tak?? aku sendiri pun lupa
then masa lapan bulan bawak lagi sekali
tapi apa jadi...the next day badan dia dah mula panas
then terus demam,muntah dan cirit birit
tapi still tak ingat apa-apa cuma pikir peralihan umur  je
tapi untuk kali ketiga ni..benda yang sama berlaku
the next day tu badan ihsan dah start panas
tapi so so jer la...ihsan still boleh main-main lagi
tapi start waktu maghrib tu dia dah mula meragam
asyik nak menetek je..kalo dilepaskan nanges
alahaiiiii sakit badan mama ihsan...lenguh lahaiiiii
sampai aku nak makan mandi berak semua tak boleh
waktu tu aku kat kampung..terpaksa jugak call husband datang ambik
parent aku kan pegi kelantan,,,ada pun adik-adik saja
so better aku balik rumah PIL aku...
takut weiii bila anak demam nih...

The next day tu baru aku bawak ihsan ke klinik sunshine tu
ihsan bukan setakat demam ja...siap muntah dan cirit birit
sama macam simpton kedua dulu...time tu dah pikir
anak aku tak sesuai lagi ni nak splash sana splash sini..huhu
alahaiiii kesian anak mama...menyusut badan tu
bila doktor check doktor cakap anak aku mungkin terminum 
air kolam tu...kandungan klorin tu sangat tinggi...
plus tempat basah lembab lagi senang virus or bacteria nak merebak
aku pun tak tau nak explain macam mana
yang pernah melalui mungkin faham situasi ni...hehe
so dari sini aku boleh merumuskan bahawa aku terpaksa 
menghentikan segala aktiviti yang melibatkan kolam renang
oh sadisssss

so back to tajuk asal...mama teruja nak bawak anak main air
tambah pulak ada ramai yang nak melayan 
lagi seronok la kan...double happy lah!!
memang nampak la perbezaan ihsan dulu dan kini
dulu setakat tepok-tepok ja air tu..sekarang lebih dari tu la kan
maklum la dah setahun dah boleh berjalan dalam air
air cetek jer la...before this kan tak boleh
memang nampak dia enjoy sangat la
aku sendiri pun seronok and puas hati tengok anak aku happy


ewah kasut kena parking tepi...hadiah achu bagi ni
kena simpan dari generasi ke generasi....hahahahahhaha


gigit jari pulak!!! macam tak percaya mama bawak lagi sekali
still dok pikir-pikir lagi


muka ada senyum la sebab mama dah letak separuh badan dalam air
tak terungkap dengan kata-kata ler tu






akhirnya dari basah separuh badan terus basah sampai ke kepala
hahahahaha..


waktu ni tengah pujuk dia naik atas 
tengok muka mama pun tak mau hokeyy....uishhhh
jom la ihsan jom la kita p kat hujung sana pulak
kat sana lagi best...jom laaaaaa








wah macam model kau pose ye nak...
kejap ke kanan kejap ke kiri
kejap duduk kejap berdiri
mama layankan saja...kalo abah ada lagi best nih




Lepas dah round-round kat situ
turun balik dalam pool...di tengok ada budak tu anak pak arab
bukan main hoii melompat pusing-pusing terjun pool tu
 aku kompom ihsan pun dok pikir nak buat macam tu jugak
tapi camno ek?? hahahaha
tunggu la awak besar sikit sayang oiiiiii



Ini adegan bila aku nak ajak naik atas balik
susahnya la haiiiiiii....





So terpaksa la aku karang ayat-ayat manis nak pujuk si ihsan ni
naik atas terus bagi mandi...pastu terus la dia tido
aku pun tido sekali la...letih  weiiii

So buat sementara waktu ni no pool untuk ihsan
sebab aku takut dia demam lagi
antibodi badan dia tak cukup kuat 
so better aku stop dulu aktiviti mandi manda nih
tunggu dia besor sikit!! besor mana??? hahaha
tunggu dia setahun lima bulan pulak kita test
eh lagi dua bulan jer tu....ermmmm macam tak berapa besar ja
mama jugak kempunan nak tido hotel nak oiiii

love
cikpuansuri





















Saturday, 4 October 2014

Bermalam di Hydro Hotel Dengan Adik-Adik :)

Kisah tiga bulan lepas jugak...harap maklum ya!!!
Untuk birthday ihsan aku memang dah plan nak ambik cuti seminggu
kononnya nak ke mana-mana
tetiba ayah aku cakap dia nak ke kelantan 
nak ke HUSM ada appointment dengan doktor di hospital tu
untuk pengetahuan korang ayah aku memang tak berapa sihat
tengok macam steady ja tapi dia sebenarnya tak sihat
ada problem dengan jantung
ayah aku pulak kalo ko sebut ja doktor ni bagus ubat ni bagus
for sure ayah aku beli...itu pasti!!!
rumah aku dah macam mini farmasi okey
macam-macam ubat ada...sebut ja
so ayah aku kelantan dengan mak and kakak aku
so aku stay kat kampung je jaga rumah

Bila dah cuti tak kan kau tak ke mana- mana kan?  bosan weii!!!
dalam kepala dah pikir nak ke mana
memula pikir nak ke lost world of tambun sana
tapi nak pergi jauh-jauh without husband mcm tak best saja
dengan si ihsan lagi...pikir punya pikir
better lepak kat feringgi ja hotel pulak kalo ko book last minit
mahal nak mampus...aku kena ambik dua bilik sebab bawak anak sedara sekali

so the best price aku dapat waktu booking tu is hydro hotel
ini kali ketiga aku stay sana...kat sini aku suka breakfast 
banyak pilihan walaupun room dia so so saja...haha 
aku ambik dua bilik yang ada link senang skit
sebenarnya kalo ambik sebilik pun dah cukup
tapi kasihan pulak takut tak selesa nak tido




Aku ada dua orang kakak dan tiga orang adik
we ols tak ada sedara lelaki semuanya girlsss
aku ada adik kembar dan anak sedara kembar ok
hebat kan??? haha....tapi muka langsung tak sama ya
jauh benar bezanya....tak paham aku
so yang kat atas tu adik aku yang bongsu la ...si kembar
adik lagi satu follow mak ayah ke kelantan
eh mana anak sedara aku si aimah tu...opss dia camera shy!!


si manja kesayangan mama
muka aku sebam gilerrrr...selebetnya lahaiiiii




 Kami stay sana satu malam ja
malam tu ronda-ronda kat night market then makan makan'
after that balik bilik lepak...itu saja
siang tu masing-masing berendam dalam pool
air laut kotor sangat memang tak sesuai nak mandi
kalo nak rasa penyakit kulit silakan...haha
plus ombak kuat...uissshhh takut aii



Achu achik and kak aimah asyik nak menyaka dia saja
hai laaaaaaaa






Tengok la muka si kecik ni cheeky sangat kan
seronok dapat lepak ngan achu achik 
seronok dapat memunggah ice box...omg!!!
aku dah malas nak marah...sebab kalo ko marah pun dia tetap 
nak jugak main kat peti ais tu,,,apakah???
sabar ja la su....layan kan saja

love 
cikpuansuri

Shaaf Ihsan Turns ONE....Happy Birthday Sayang Mama :))

Assalamualaikum semua...
Sekarang ihsan dah setahun tiga bulan...subhanallah
16/6/13 - 16/6/14...cepat kan?? yes sangat cepat
sebelum ihsan mencecah usia dua tahun better aku update dulu 
first birthday party ihsan yang aku buat 3 bulan yg lepas
kahkahkahkah..better late then never rite?!!

By the way birthday party ihsan last minit punya planning
aku semua pun last minit kan....pemalas sangat nih!!!
dari awal memang dah plan nak celebrate birthday ihsan
 sekali buat kenduri akikah kat kampung..kampung kan meriah!!!!
tup tup ada hal yg tak dapat dielakkan
oh emm geee sadissss la jugak aku kan 

Waktu tu dah on off eh nak buat tak birthday party ihsan nih??
first time kot nak arrange birthday party anak kan
of coz la aku cuak nak pikir macam-macam hal 
 siap cakap kat laki better kita pi holiday kot b
hahahahaha sampai ke situ.....

Tapi bila ku tenung raut wajah anak aku tu
come on sue anak first kot ...rajin la sikit
buat simple-simple pun ok kan..at least ada kenangan

And syukur alhamdulillah birthday party ihsan berjalan dengan lancar
walaupun kelam kabut sikit...hahaha
yang penting decorations birthday party tu aku buat sendiri hokey
hebat sangat kan????haha kembang kempis hidung aku


bila buat majlis sendiri baru sedar betapa letihnya diri ini
bayangkan gambar sekeping pun tak sempat nak ambik
gambar-gambar ni pun mintak dari adik aku je
sibuk sangat melayan tetamu
itu baru aku jemput family and kawan2 rapat ja


Birthday boy yang dah berpeloh-peloh...haha
terpaksa upah dengan lolipop baru nak duduk diam
ihsan sangat behave that day langsung tak nangeh
seronok sangat main...good boy!!!
Actually tema birthday party ihsan is little man
Tapi so so jer la..haha last minit kennnn!!!
yang penting royal blue and lime green
mewarnai keseluruhan majlis....ececehhhhhhh


Dan yang paling aku suka sampai tido pun senyum-senyum 
ialah birthday cake ihsan
sangatlah berpuas hati...thanks rina!!!
design memang sebijik yg aku nak taste dia tip top
sumpah weiii sedap gilos
aku ada order cupcake jugak dengan dia
memang puas hati la ikhlas cakap kan


Sebelum potong cake..acara potong cake pun terabur
buat siang panas la haiiiii...cisssss
takdanya nak nyanyi-nyanyi
yang penting di awal majlis ada bacaan doa
dari ustaz rock aka bakal al hafiz...anak sepupu aku
thanks along!!!



 tengok ihsan tu...potong cake pun macam dipaksa-paksa
memang pun kan.....


mama tolong ihsan tiupkan lilin ya!!!
mama yang terlebih excited...
happy birthday sayang mama!!!
Doa mama sentiasa mengiringi ihsan
mama sentiasa doakan agar anak mama ni jadi anak yang soleh
berjaya di dunia dan di akhirat
yang dapat mendoakan mama dan abah di sana nanti
amin!!!






Tak sempat table ni nak siap tetamu dah sampai
apakedahal kau su?? first time kot
perasan tak balang-balang yang tinggi tu...mahai gila!!!
semua benda atas meja tu aku beli dari ssf
cari tempat lain nan ado...huhu...terpaksa beli jugak



aku tak ada proper punya gambar...
ini sahaja gambar prop yg aku ado...sadisssss
memang tak sempat nak ambik
by the way segala printing tu maina yg buatkan
siap tolong potong k...maina sangat la rajin
minat sangat katanya...thanks darl!!!
aku just lekat tebok lubang ikatkan ribbon dan gantung
untuk goodies bag aku beli dari mydin saja
then lekat sticker tu...sonang keja!!!
ceria sangat warna-warna tu kan!!!


ihsan dengan achu aka OP
kahkahkah....thanks achu kasik sandal nike tu
ihsan suka sangat and now dah nak ketat 
but dont worry nanti mama ihsan simpan utk adik ihsan pulak




Tengok gambar-gambar dessert ni telan ailio sejuta kali
semua sedap...sapa nak order boleh jer dapatkan info dari i k
sumpah tak menyesal dan dijamin uols nak repeat order

untuk menu hari tu aku sediakan
nasi daging special dari ayahku sendiri 
koew teow thng kak timah
roti jala
seri muka
kuih lapis 

Jutaan terima kasih pada tetamu yang hadir
Ihsan sangat suka dengan hadiah-hadiah tu
dan kepada parent in law thanks a lot sebab menaja lokasi
thanks mak bapak 
thanks mak ayah and family
Terima kasih sebab banyak menolong anakanda!!!!
untuk kekasih hati thanks sebab sudi layan karenah i k
love u deep deep 

love
cikpuansuri