its me!!!!

its me!!!!

Jom Tengok Ada Apa Di Sini??

Thursday 19 April 2012

MOMENT MENCEMASKAN !!!!

"AMARAN TSUNAMI 11 APRIL 2012 | Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran Tsunami bagi kawasan-kawasan persisiran pantai di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Langkawi. Diminta semua pengunjung atau penduduk dikawasan pantai bersiap sedia dan berjaga-jaga ekoran gempa bumi di Achehyang barlaku 2 kali petang ini iaitu pada jam 4.50 ptg dengan kekuatan 8.9 Magnitud dan pada jam 6.48 ptg tadi dengan kekuatan 8.7 magnitud di Bandar Aceh.
Rakaman televisyen Indonesia, TV One memaparkan imej orang ramai bergegas meninggalkan bangunan tinggi untuk menyelamatkan diri selepas gegaran 8.9 magnitud menggegar Aceh, petang Rabu. Susulan gempa itu, Agensi Geofizikal Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami.

Tsunami setinggi 17 sentimeter dilaporkan di Lautan Hindi dan menuju wilayah Aceh, Indonesia selepas satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda luar pantai Sumatera"

Untuk makluman korang...11 April 2012 yg lepas...me n my hubby baru sgt sampai krabi....trip kali ni kira official nyer honeymoon la..huhu...we ols smp krabi kul 2 lbh then terus ke aonang tuk check in hotel dlm kul 3 lbh la...pas da tukar2 baju...turun balik coz nak cari ferry tiket ke koh lanta sebab the next day kami  akan bermalam di sana ..we ols pegi bukan under package....so suma kna cari sendiri2 ek!!! 
Tengah sibuk2 tawar menawar ada kakak ni ckp jgn pegi pantai sebab tsunami...alamak!!! betoi ka???time tu kat tv news pun da story pasai tsunami kat indon tu...kat luar kedai orang da start berlari2 dr arah pantai...menggelabah gila...kepala otak dah pk mcm2..kalaulah...eh macam2 lah..nasib hotel kami jauh dr pantai...terus naik ke tempat tinggi sket ...pastu dlm kul 6 mcm tu da start hujan...owner hotel ckp kerajaan thailand mengarahkan semua berpindah ke tempat yg lebih selamat sebab mungkin gelombang kedua akan berlaku...so dia bwk we ols kat satu sekolah ni...memang jauh dr beach..kat situ da jd penempatan sementara...sebab masa kita sampai...dah ramai kat sana..stay kat situ almost 3 hours..tunggu punya tunggu...dorang ckp keadaan da stabil..so dah boleh balik hotel...lega rasa tp masih gelisah
 First time melalui saat2 getir  cenggini...memang tak sangka... tengok orang ramai berlari-lari nak menyelamatkan diri masing2....semua ni kuasa ALLAH...tapi Alhamdulillah kami berdua selamat and tiada apa2 yg berlaku sepanjang 5 hari kami di sana.

Antara gambar2 yg sempat my hubby snap 

menangis ketakutan





memantau keadaan


mungkikah laut akan....


suasana lengang


kerisauan




bantu membantu :)




info info


lupa nama skolah ni


suasana di penempatan sementara







b qaplah

Syukur alhamdulillah kami berdua selamat
Sepanjang percutian kami di sana apa yang dirancang berjalan dgn lancar
Apa yang pasti
ALLAH MAHA BERKUASA

love
cikpuansuri


No comments:

Post a Comment