its me!!!!

its me!!!!

Jom Tengok Ada Apa Di Sini??

Tuesday 21 October 2014

Oh My Saturday!!!

Sabtu lepas awal-awal dah plan dengan husband and MIL
nak melawat baby maryam..dah 14 hari tapi belom sempat nak jengok
sekali petang sabtu tu hujan lebat sangat 
kalo nak pergi boleh ja tapi rumah dorang susah nau nak parking
plus kena orang datang jemput kat bawah
so terpaksa cancel la misi nak melawat baby baru

then weekend kalo nak stay kat rumah ja memang tak la
so ajak husband ke 1st Avenue sana
dah lama tak melawat kawasan sambil tu boleh jugak hantar
 wallet kasi polish sikit...dah kotor sangat beg duit aku tu
sampai sana orang pun tak ramai sangat..hujan kan
bahagia hidup boleh jalan tak laga-laga bahu
ihsan pun senang nak lari ke hulu ke hilir

Takda apa yang best pun kat situ
cumanya yang paling latest ada rumah hantu
RM36  ya satu kepala nak masuk situ
sorry akak tak berminat nak membazir duit 
lagi pulak macam dah tak sesuai ja dgn usia...hahahaha
setakat nak bergambar kat luar tu free ya no charge 
akak kalo bergambar suka lah!!!!


Cubaan mama untuk takutkan ihsan
macam tak dak respon pun...hurmmmmm
tapi kalo kat rumah asal gelap sikit ja terus sebut antu!!!
kenal pulak kau dengan hantu?? ngeri!!!haha


By the way kat situ memang dah disediakan prop untuk bergambar
ko pilih ja mana yang korang suka
 apa motif aku amik shrek? patut la ihsan tak takut
oh emm gee



memang susah la nak ambik gambar dengan dia
tengok la ihsan buat muka bosan





seperti biasa kalo bergambar mama paling win lah
paling beria...haruslah kan!!!!



selalu kalo outing cenggini husband yang selalu layan anak
nak makan ke nak main ka
semua abah yang setel...alhamdulillah
aku?? cuci mata la....hahahaha
sebenarnya motif pergi sana nak makan pizza 
last-last lapar nasi pulak...apa lagi kayu nasi kandar lah
itu saja cerita hari sabtu aku
sekian

love
cikpuansuri




Sunday 19 October 2014

Kenduri Kendara....

Tengah scroll phone nak transfer gambar ke laptop 
ternampak pulak gambar gambar kenduri kendara
teringat kekalutan aku hari tu 30/8/14
aku kena attend 3 kenduri serentak ...wajib hadir ya tiada alasan
kalo tak tunjuk muka nahas la aku hahahaha
semua pun berebut-rebut nak buat kenduri that day sebabnya cuti
bersambung sampai isnin...so tarik nafas dalam-dalam...gumbira!!! 

Balik keja hari jumaat cepat-cepat dobi baju and kemas apa-apa yg patut
sebabnya malam tu nak terjah rumah mak teh...
tak sabar nak jumpa sedara mara...nak tolong memeriahkan rumah kenduri
hahaha...percaya?? sila jangan percaya ya..
Kenduri kendara jer la kita boleh berjumpa kalo tak memasing sibuk je
seronok tau malam kenduri..meriah gila!!!
bebudak lagi la.. lari la kau keliling rumah takda siapa nak marah
pastu pulak semua pun nak tido sana..kongsi kongsi bantal selimut
...aku tak join la...tido rumah lagi selesa haahhaha

Mak teh aku terima menantu pertama so harus la majlis tu besar-besaran
macam macam ada...bihun sup cucur udang cucur bawang
keropok lekor tapi paling win ayam goreng berempah ...sedap gila
aku pepagi tu dah sampai.. pukul 10 jgk la..tutup muka haha
kena datang awal sebabnya nak pergi kenduri lain pulak lepas tu
apa pun tahniah dalila and nazmi
bahagia hingga ke sorga hendaknya...amin!!!


selfie dengan anak dulu...awal lagi so orang tak ramai sangat
gambar pengantin sekeping pun takda sebab tengah bersiap







Sebelum tetamu lagi ramai mari bergambar dulu ya
plus muka gebu gebas lagi....hahaha
mak mak sedara pakai baju sama...mak teh sponsor kain sekayu
kami anak-anak ni beli kain sendiri...ini tak adil...
sebab nak sama terpaksa beli jugak
awal-awal lagi dah pilih nak pakai fuschia kaler!!!



Lebih kurang pukul 2 terus gerak ke USM 
wedding abuzar and delina...congrats guys!!
bahagia sampai syurga ya korang
Sorang lagi ahli funandbahaya bergelar suami
kenduri sampai pukul 4 ja...a bit rushing la..laju-laju mirza drive
waktu sampai tu semua konco-konco funandbahaya ada
yang stay kl semua pun balik..abu's big day
tapi aku frust sebab tak sempat nak ambik gambar ramai-ramai
benci....... 





macam ni pun jadi la...bini-bini funandbahaya
alhamdulillah kami rapat...itu yang best


Lepak sana sampai pukul 7 then cepat-cepat balik
sebab malam tu ada lagi satu wedding nak attend


Malam tu attend kenduri neighbour mil aka adik one of funandbahaya members jgk
mil tak dapat nak join sebab tak sihat so kami jadi wakil
kami kena join rombongan pengantin perempuan
nak meramaikan lagi....mak pengantin dah remind awal-awal ya
suruh ikut dorang...tapi lagi best pengantin sendiri watsap suruh ikut
ok la laling hari bersejarah uols i sanggup
congrats farahida and amirul!!
moga berbahagia hingga ke anak cucu ya

Malam tu keluar minum lagi dengan funandbahaya 
paparich egate jadi port malam tu...melepak sampai dorang cakap nak tutup
hahaha...kesian pekerja-pekerja situ tunggu kami blah
pastu plak continue minum kat kayu pulak..itu aku tak follow
 sebab aku bawak ihsan sama..kalo tak sahih aku join...haha



walopon badan aku letih tapi aku puas hati
sebab dapat jumpa semua orang 
dapat attend semua wedding
yeayyyyyyy!!!!

love
cikpuansuri



Friday 10 October 2014

Countryside Stables Penang - Jom Naik Kuda!!!

Bila sebut ja balik pulau terus rasa macam jauh sangat
padahal dalam penang jugak...cumanya bila pikir jalan nak ke sana
yang macam ular kena palu tu...terus rasa auww nak muntah
oleh sebab itu kalau nak ke sana aku pastikan dulu perut aku dah penoh
kalau tak dah tentu-tentu aku pening then muntah,,itu pasti
pastu pulak bila dah sampai tempat tinggi sikit
mula la telinga ni berdesing....eeiiiiii
Thats why la aku jarang ke sana

Last month mak wani ada jemput datang rumah 
mak dia ada buat makan-makan  untuk kengkawan jer la
harus la terjah kan sebab auntie kalo masak sedap giler
telan ailio ooiiiii...teringat-ingat!!!
lepas dah makan kenyang tersandar la kejap
then dorang ajak naik kuda pulak..alang-alang dah ke balik pulau kan
terus kami ke countryside stables penang 

Kalo aku dengan mirza pergi berdua ja confirm tak sampai
ke dalam jugak tempat dia...jalan sempit kiri rumah kanan sungai
aku sendiri tak sangka tempat tu ada dekat sana
 mujur shahril dengan wani pernah sampai
so takda lah istilah sesat...hahaha


Sorry ek gambar tak clear sangat...
sebenarnya aku dah buang resit bayaran masuk ni 
siap renyukkan lagi mujur la aku tak koyak kan
bayaran masuk ke sini ialah RM5 dewasa RM3 utk kanak-kanak
kalo fefeling nak bagi kuda tu makan boleh la beli rumput
kat pintu masuk tu dorang dah letak siap-siap yer
beli hokeyyy bukan free ye RM5 sahaja
cukup la sekor kuda nak makan...hahahaha



First time datang harus la beli rumput tu weiiiii
bukan senang nak bagi kuda makan...excited gila!!!!!
ramai parent yang bawak anak-anak la kat sini
 view kat sini sangat cantik...tak rugi pun kalo datang
by the way kat sini ada keldai dan rusa juga ya


Mama ihsan test power bagi kuda tu makan
seriyau jugak aku...kang tak pasal-pasal dengan tangan aku sekali dia makan
gigi kuda besarrrr....tengok muka pun dah tau la
penakut!!!


Abah pulak bagi kuda makan...ihsan tengok jer la
beware horse bites ok...berhati-hati ya
aku rasa kuda makan rumput tiga hengget jer yang lain semua jatuh ke bawah
kahkahkah....takut kena gigit kan


ihsan pun teringin jugak...mama perati jer dari jauh


aku still tak puas hati so try lagi sekali
so yang ni banyak jugak masuk dalam mulut dia
tak membazir...bagus!!!


kat sini kalo korang nak naik kuda ada charge lain tau
20 ringgit kot...dan keselamatan diutamakan
helmet kena pakai ya...design cantik tapi bau tak jamin haha



Family photo with beautiful scenery
macam kat mana-mana ja padahal still dalam penang jugak



Bukan mudah nak bergambar dengan ihsan....
dia tak senang nak berlari-lari dengan kengkawan dia 
by the way kerusi tu terhasil dari ladam besi..kreatif sangat
tau tak ladam tu apa???cer gugel...hahaha




Ihsan and the gang
kakak sara, kakak sofea, noh and ihsan
noh dengan ihsan sebaya dorang beza seminggu ja


the girls...wah girls la sangat kan


the boys and the uncles with the kids


uncle baby tengah mengacah ihsan


tengah pikir apa nak buat lepas ni
mama dengan abah baik hati jer bagi aku lari sana sini


tuan punya ladang da..aku dah lupa nama dia
baik orangnya senyum ja



yeahhh i got the idea mama!!!


fun and bahaya family was here
dulu memasing single mingle...sekarang dah beranak pinak


yeay kami dah sampai sini...uols bila lagi
so far tempat ni best la...kalo nak datang
datang petang tak panas sangat
selesa sikit anak-anak ya
aku dengan mirza plan nak train ihsan menunggang kuda
sunnah nabi tu...insyaALLAH

love
cikpuansuri

Wednesday 8 October 2014

Aksi Ihsan di Swimming Pool

First time bawak ihsan mandi pool dia baru lima bulan
dan seingat aku balik dari sana dia ok ja tak demam
eh demam ke tak?? aku sendiri pun lupa
then masa lapan bulan bawak lagi sekali
tapi apa jadi...the next day badan dia dah mula panas
then terus demam,muntah dan cirit birit
tapi still tak ingat apa-apa cuma pikir peralihan umur  je
tapi untuk kali ketiga ni..benda yang sama berlaku
the next day tu badan ihsan dah start panas
tapi so so jer la...ihsan still boleh main-main lagi
tapi start waktu maghrib tu dia dah mula meragam
asyik nak menetek je..kalo dilepaskan nanges
alahaiiiii sakit badan mama ihsan...lenguh lahaiiiii
sampai aku nak makan mandi berak semua tak boleh
waktu tu aku kat kampung..terpaksa jugak call husband datang ambik
parent aku kan pegi kelantan,,,ada pun adik-adik saja
so better aku balik rumah PIL aku...
takut weiii bila anak demam nih...

The next day tu baru aku bawak ihsan ke klinik sunshine tu
ihsan bukan setakat demam ja...siap muntah dan cirit birit
sama macam simpton kedua dulu...time tu dah pikir
anak aku tak sesuai lagi ni nak splash sana splash sini..huhu
alahaiiii kesian anak mama...menyusut badan tu
bila doktor check doktor cakap anak aku mungkin terminum 
air kolam tu...kandungan klorin tu sangat tinggi...
plus tempat basah lembab lagi senang virus or bacteria nak merebak
aku pun tak tau nak explain macam mana
yang pernah melalui mungkin faham situasi ni...hehe
so dari sini aku boleh merumuskan bahawa aku terpaksa 
menghentikan segala aktiviti yang melibatkan kolam renang
oh sadisssss

so back to tajuk asal...mama teruja nak bawak anak main air
tambah pulak ada ramai yang nak melayan 
lagi seronok la kan...double happy lah!!
memang nampak la perbezaan ihsan dulu dan kini
dulu setakat tepok-tepok ja air tu..sekarang lebih dari tu la kan
maklum la dah setahun dah boleh berjalan dalam air
air cetek jer la...before this kan tak boleh
memang nampak dia enjoy sangat la
aku sendiri pun seronok and puas hati tengok anak aku happy


ewah kasut kena parking tepi...hadiah achu bagi ni
kena simpan dari generasi ke generasi....hahahahahhaha


gigit jari pulak!!! macam tak percaya mama bawak lagi sekali
still dok pikir-pikir lagi


muka ada senyum la sebab mama dah letak separuh badan dalam air
tak terungkap dengan kata-kata ler tu






akhirnya dari basah separuh badan terus basah sampai ke kepala
hahahahaha..


waktu ni tengah pujuk dia naik atas 
tengok muka mama pun tak mau hokeyy....uishhhh
jom la ihsan jom la kita p kat hujung sana pulak
kat sana lagi best...jom laaaaaa








wah macam model kau pose ye nak...
kejap ke kanan kejap ke kiri
kejap duduk kejap berdiri
mama layankan saja...kalo abah ada lagi best nih




Lepas dah round-round kat situ
turun balik dalam pool...di tengok ada budak tu anak pak arab
bukan main hoii melompat pusing-pusing terjun pool tu
 aku kompom ihsan pun dok pikir nak buat macam tu jugak
tapi camno ek?? hahahaha
tunggu la awak besar sikit sayang oiiiiii



Ini adegan bila aku nak ajak naik atas balik
susahnya la haiiiiiii....





So terpaksa la aku karang ayat-ayat manis nak pujuk si ihsan ni
naik atas terus bagi mandi...pastu terus la dia tido
aku pun tido sekali la...letih  weiiii

So buat sementara waktu ni no pool untuk ihsan
sebab aku takut dia demam lagi
antibodi badan dia tak cukup kuat 
so better aku stop dulu aktiviti mandi manda nih
tunggu dia besor sikit!! besor mana??? hahaha
tunggu dia setahun lima bulan pulak kita test
eh lagi dua bulan jer tu....ermmmm macam tak berapa besar ja
mama jugak kempunan nak tido hotel nak oiiii

love
cikpuansuri