Bila sebut ja balik pulau terus rasa macam jauh sangat
padahal dalam penang jugak...cumanya bila pikir jalan nak ke sana
yang macam ular kena palu tu...terus rasa auww nak muntah
oleh sebab itu kalau nak ke sana aku pastikan dulu perut aku dah penoh
kalau tak dah tentu-tentu aku pening then muntah,,itu pasti
pastu pulak bila dah sampai tempat tinggi sikit
mula la telinga ni berdesing....eeiiiiii
Thats why la aku jarang ke sana
Last month mak wani ada jemput datang rumah
mak dia ada buat makan-makan untuk kengkawan jer la
harus la terjah kan sebab auntie kalo masak sedap giler
telan ailio ooiiiii...teringat-ingat!!!
lepas dah makan kenyang tersandar la kejap
then dorang ajak naik kuda pulak..alang-alang dah ke balik pulau kan
terus kami ke countryside stables penang
Kalo aku dengan mirza pergi berdua ja confirm tak sampai
ke dalam jugak tempat dia...jalan sempit kiri rumah kanan sungai
aku sendiri tak sangka tempat tu ada dekat sana
mujur shahril dengan wani pernah sampai
so takda lah istilah sesat...hahaha
Sorry ek gambar tak clear sangat...
sebenarnya aku dah buang resit bayaran masuk ni
siap renyukkan lagi mujur la aku tak koyak kan
bayaran masuk ke sini ialah RM5 dewasa RM3 utk kanak-kanak
kalo fefeling nak bagi kuda tu makan boleh la beli rumput
kat pintu masuk tu dorang dah letak siap-siap yer
beli hokeyyy bukan free ye RM5 sahaja
cukup la sekor kuda nak makan...hahahaha
First time datang harus la beli rumput tu weiiiii
bukan senang nak bagi kuda makan...excited gila!!!!!
ramai parent yang bawak anak-anak la kat sini
view kat sini sangat cantik...tak rugi pun kalo datang
by the way kat sini ada keldai dan rusa juga ya
Mama ihsan test power bagi kuda tu makan
seriyau jugak aku...kang tak pasal-pasal dengan tangan aku sekali dia makan
gigi kuda besarrrr....tengok muka pun dah tau la
penakut!!!
Abah pulak bagi kuda makan...ihsan tengok jer la
beware horse bites ok...berhati-hati ya
aku rasa kuda makan rumput tiga hengget jer yang lain semua jatuh ke bawah
kahkahkah....takut kena gigit kan
ihsan pun teringin jugak...mama perati jer dari jauh
aku still tak puas hati so try lagi sekali
so yang ni banyak jugak masuk dalam mulut dia
tak membazir...bagus!!!
kat sini kalo korang nak naik kuda ada charge lain tau
20 ringgit kot...dan keselamatan diutamakan
helmet kena pakai ya...design cantik tapi bau tak jamin haha
Family photo with beautiful scenery
macam kat mana-mana ja padahal still dalam penang jugak
Bukan mudah nak bergambar dengan ihsan....
dia tak senang nak berlari-lari dengan kengkawan dia
by the way kerusi tu terhasil dari ladam besi..kreatif sangat
tau tak ladam tu apa???cer gugel...hahaha
Ihsan and the gang
kakak sara, kakak sofea, noh and ihsan
noh dengan ihsan sebaya dorang beza seminggu ja
the girls...wah girls la sangat kan
the boys and the uncles with the kids
uncle baby tengah mengacah ihsan
tengah pikir apa nak buat lepas ni
mama dengan abah baik hati jer bagi aku lari sana sini
tuan punya ladang da..aku dah lupa nama dia
baik orangnya senyum ja
yeahhh i got the idea mama!!!
fun and bahaya family was here
dulu memasing single mingle...sekarang dah beranak pinak
yeay kami dah sampai sini...uols bila lagi
so far tempat ni best la...kalo nak datang
datang petang tak panas sangat
selesa sikit anak-anak ya
aku dengan mirza plan nak train ihsan menunggang kuda
sunnah nabi tu...insyaALLAH
love
cikpuansuri
Assalam CPS,
ReplyDeleteWaaaaaaa...takpenah tau pun tempat ni...
dah la murah, nampak best lak tu
nak kena terjah ni he3