its me!!!!

its me!!!!

Jom Tengok Ada Apa Di Sini??

Wednesday 18 July 2012

Bali Day 2 : Kintamani ~ Jom Rasa Kopi Luwak @ OKA Agriculture Bali

Kopi Luwak ??? Kopi apa tu??? padahal dalam itinerary dah terang2 tulis aktiviti hari kedua kan!!! sepatutnya sebelum ko sampai ko dah google sket2 tempat ko nak pegi tu sue oiii...hahaha...sah2 kat sini nampak sangat aku busy...eh ye ke???hahahha...yang betoinya malas...
Sebenarnya luwak tu maksudnya musang...makanya kopi ni terhasil dari buangan musang tu la..kalo nak lebih detail korang boleh baca kat bawah ni ha...tapi sebelum tu nak update la uols semua..kopi ni halal k!!
padahal aku tak minum pun masa kat sana...bukan apa kopi hitam mmg bukan favourite..kecuali white coffee


Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.



kat sini umpama macam tropical spice garden kat penang ni ha...selain kopi luwak..kalo nak minum kopi ginseng pun ada,teh halia dan macam-macam lagi la..rempah ratus pun ada jugak


on the way nak ke dalam ..


ni rupanya biji kopi yang musang tu makan


ni musang tu ha...ada dalam sangkar..kat sini uols jgn nak memandai nak sua jari korang kedalam konon-konon nak tunjuk uols tu caring la kan...sayang binatang...ini bukan tempatnya!!..sekali dia ngap..terputus jari...amaran ada tertera di sangkar tu hokey..


kopi luwak sama seperti kopi-kopi biasa tapi serdak dia halus lagi...kata abuzar bila makan serbuk dia agak berselerak jugak la dalam mulut uols kan...hahaha..yang dalam balang tu adalah hasil buangannya..sedappp



masa we ols sampai dorang akan serve kopi bali...teh halia..plus 2 jenis minuman lagi..tapi lupa la..yang ni semua free..kopi luwak tiada dalam list ..kalo nak rasa kopi luwak kena bayar 50000 Rp!!!
bukan FREE na...sapa yang nak rasa share-share la kan...


ibu ni tengah menggoreng biji kopi tadi


yang ni rupa biji kopi yang telah diberakkan oleh musang itu..ayat aku ntah apa-apa..hewhewhew


masa ni we ols sibuk nak test produk-produk yang ada kat sini..yang paling best aloevera lotion la...sejuk ja bila pakai...nak letak kat muka pun boleh...perfume pun ada...segala-galanya lah...macam-macam bau ada..pilih saja....souvenir pun ada jugak!!!



terbeli lotion aloevera tu 90000 Rp...buat kenang-kenangan..


kalo kat indonesia...pandangan macam ni normal kot untuk para pelancong..dorang akan follow korang terok-terok!!.kesian jugak tengok ..sedeh rasa hati..apa pun kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.sebenarnya souvenir dari dorang adalah yang termurah sebab dorang memang betol-betol nak jual barang dorang tu..so next time kalo nak beli souvenir kat orang kampung beli sesiap kat orang-orang cenggini..kalo beli kat tempat lain gerenti mahal padahal barang sama saja ok..
ni kira info terbaik la buat uols semua...

ok ketemu kita di Rumah Lu'ung...daaaaaaaaa

love
cikpuansuri


No comments:

Post a Comment