its me!!!!

its me!!!!

Jom Tengok Ada Apa Di Sini??

Saturday 4 August 2012

Jumaat Yang Macam- Macam

Hurmmmm...sampai sekarang aku tak mandi-mandi lagi
tak dak ayaq la pulak...belengas dah ni..
waktu maghrib tadi still ada lagi
tup tup kul 9 masa nak mandi td ayaq tak dak la pulak
B ckp semua ni berpunca daripada projek pejalan kaki yang sedang
 giat dijalankan di dalam taman kami
Akibat terlampau tekun mengorek dan memecahkan pejalan kaki lama
maka sudah terkena satu paip di persiaran 5...blkg umah kami lettew
akibat kejadian tu aku tak tau pukul berapa aku boleh mandi uols!!

Hari ni since morning macam-macam la jadik
Pagi tadi macam biasa la after sahur..kemas2..pastu tgu solat subuh dulu
then sambung balik tido..dapat tido satu setengah jam lagik tu kira ok sgt la kan
sebelum-sebelum ni ok ja..pukul 7.45 confirm bangun
tapi pagi tadi pukul 8.15 baru terjaga...masuk ofis 8.45
kelam kelibut aku bersiap..tapi dan lagik blow rambut uols..haha
dalam keadaan aku yg tergesa-gesa tu sempat jugak aku smp ofis on time
i tak suka tau late coming!! hahaha...nasib la umah dekat ja dengan ofis

Waktu drive tu perut tetiba on off
sekejap ok sekejap tidak...haiii
so sampai-sampai ofis tu terus serbu toilet
touch up muka dulu..so tak attend la briefing pagi..

Tiba-tiba perut memulas-mulas
kena serang chery berry la pulak
so dari pukul 9pg smp 12.30 tghri..lebih kurang 7x aku masuk toilet
nak muntah semua cukup..walaupun dah tiada apa nak dimuntahkan
so break time aku sapu minyak satu badan 
pergi tido dalam surau...after sejam tido...bangun2 tu rasa ok sket
sebelum tido dorang suruh i berbuka uols..ramai yg offer nak tlg tapaukan
hehe...baik sgt taw..i siap demand lagi nak Mc D..wahh
tapi cam syg jer nak tinggai puasa kan...so cuba bertahan
and alhamdulillah i berjaya berpuasa hari ni..yeayyy

Dan yang peliknya lepas tu
i jadi rajin semacam..bekerja dengan sepenuh hati
siap stay back lagi uols
tetiba teringat eh macam nak melawat First Lady lah!!
nak tengok jugak la kan Jovian Mandagie punya collection
s0 dengan pantasnya aku kemas2 keja aku
terus menghala ke First Lady yang dalam tesco tu

Laju-laju aku jalan...dah tak ingat yang pg tadi aku tak berapa sihat
hurmmm...lawak la rasa...pasai baju aku jd sihat
masuk-masuk dalam First Lady
terus cari-cari baju yang i nak tu
I want JULES tapi malang sekali tak ada
tak semua koleksi tu ada kat Penang...hampa betoi
but still trying others design...nak jugak tu
dalam hati budget raya ni macam artis la kan..hoho
my size is S...sebab pegi terjah pun lambat..so certain2 design jer yang ada size i
akak berkenan jugak yang satu ni..apa nama ntah
dah try semua cun..tapi masa nak bayar check la lagi sekali kan
alamak manik-manik tu macam nak tercabut la pulak
ada satu tu batu dia dah terkeluar
so dorang nak pasang balik la
kat kain pulak kat bahagian zip tu macam nak tertetas sket
mungkin orang yang try sebelum tu bukan size dia tapi still nak cuba
hurmmm ...apa lagi dah la takdak yang baru
so i have to cancel
memang nampak la muka sales girl tu agak kecewa
tapi sebagai pelanggan..aku harus bertegas
aku tak boleh accept...sebab banyak sgt damaged
kecewa sangat...tapi selamat la duit mak cik tau
RM400 kot..mesti la nak perfect kan
so sorry First Lady!!

Until now keep searching dlm ZALORA kot2 ada lagik kan
tapi dalam FB...JM dah announced yang dia akan buat final restock 
pada 16 Ogos di Shangri La Hotel KL
Woooo...dasat sgt penangan JM ni
Aku mmg la tak ke sana kan
tapi kalo ada kawan-kawan yang nak pegi
mau ku order saja..tapi ada ke??

Untuk makluman uols semua
JM hanya ada di First Lady Penang, KL dan Melaka sahaja
di Penang ada dua cawangan FL tapi dalam tesco ni saja yang ada JM


This is Jules...cantik bangat
tapi kat Penang tak ada design ni :(
Hampa!!!

Ok lah nak pegi mandi
ayaq dah ada
Nite

xoxo
love
cikpuansuri








No comments:

Post a Comment