its me!!!!

its me!!!!

Jom Tengok Ada Apa Di Sini??

Saturday 16 November 2013

Dari Penang Ke Gold Coast Morib

Jauh giler rupanya gold coast morib nih
masuk bandar keluar pekan... masuk kg keluar pulak ladang kelapa sawit 
nak google maps pun dah malas amik masa nak loading...huhu
gerak dari penang kul 12..patutnya nak gerak awal
tapi ada orang kolumpo call suh tapau nasi beriani kapitan
cam kesian dengar kan...so tapau lah dulu..haha
First time check in hotel kul 6.30 ptg..rugi dah separuh hari
bayangkan lah dari penang ke sana 6 jam lebih
mujur si ihsan tak merengek..dia seronok ja sepanjang jalan
bagus anak mama ni next time boleh angkut lagi kemana-mana


Bila nampak ja pintu gerbang nih...terus hati rasa lega
dah kematu punggong aku dlm kereta lelama
Macam mana boleh ke sini?!!
Aku la gatal tangan beli voucher dari mydeal..nak test la konon
tengok gambar cam best ja...harga pun murah siap ada theme park bagai
waktu beli tu bulan feb kot...aku tgh pregnant 5 bulan
ingat kan dah tak jadi nak ke sana ..baru nak letgo tiket tu
Aku beli voucher tu RM168 tapi kena check in weekdays shj
Kalo nak stay weekend pun boleh tapi harga lain la RM198
Ini harga untuk one night stay ok..dpt la breakfast utk 2 org 
plus tiket untuk ke themepark ... boleh la kan
Gold Coast Morib ni macam Bukit Merah Theme park ja
Sesuai la nak bawak anak2 yang dah tau nak mandi dlm swimming pool kan
haha...dengan mak bapak sekali bleh terjun
Theme park buka dari 8 pagi smp 7 ptg shj
Sebab kami dah sampai lambat tak sempat la nak berendam ptg tu
Next morning after breakfast...terus bwk si ihsan berendam kat sana
haha...mula-mula muka ihsan cam cuak jugak...sejuk kan
Lepas tu dia dah mula seronok..hehe...comel!!










Mama tak sempat nak beli swimming trunks utk ihsan
tapi tokma dah bagi pelampong gajah ni kira ok la kan..hehe
tokma yang excited dari mama
last minit planning..cenggini lah jadinya
kat dlm hotel ada ja kedai jual baju mandi
tapi untuk ihsan no size la..kecik sgt!!
sebenarnya aku pun takut jgk nak bagi dia berendam
sejuk kan takut ihsan demam...tapi alhamdulillah semuanya ok!!!
Tunggu ihsan besar sket atleast boleh duduk lagi best kot


Mama ngan abah konon2 nak berendam jgk la
Tapi separuh jalan ja
aku dah tak kosa nak dokong ihsan lama-lama
so kami lepak kat situ setengah jam
pastu terus naik bilik...bagi ihsan mandi 
lepas tu terus dia tido...letih berenang kot...kikikiki
sempat la aku dengan b rehatkan badan
then kemas barang nak check out...cepat gilersss







Ini betol-betol percutian aku yang singkat
tak sempat nak buat apa...nak jenjalan kat pantai morib pun tak
boleh la setakat nak pergi rehat-rehat dengan family :)
yang penting ihsan seronok ok

love
cikpuansuri


No comments:

Post a Comment